Monday, November 11, 2024
Tips Kewangan untuk Membeli Rumah Pertama anda
Menurut Property Guru 2023, lebih dari 70% penduduk Malaysia memiliki rumah. Memiliki rumah membuatkan anda rasa selamat dan merupakan satu pencapaian bagi pemuda Malaysia, tetapi, apakah perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah?
Pinjaman perumahan adalah salah satu instrumen bernilai yang membolehkan individu untuk membeli rumah tanpa perlu membuat pembayaran penuh terlebih dahulu. Peminjam boleh membayar hutang dalam kadar tempoh dengan bersertakan tambahan faedah. Memiliki rumah adalah pencapaian yang menerujakan, tetapi penting juga untuk kita mengenal pasti beberapa faktor dan kesan sebelum membuat pinjaman rumah. Untuk pemuda Malaysia, mengambil berat faktor seperti kadar faedah, jenis pinjaman dan bajet adalah penting. Membuat penyediaan awal adalah bagus dalam memastikan anda membuat keputusan terbaik untuk masa depan anda dan memastikan rumah baru anda adalah sebuah aset berharga dan bukannya sebuah bebanan kewanagan.
Kadar Faedah
Apabila mencari pinjaman rumah, penting untuk anda memahami kadar faedah. Ada dua jenis kadar faedah yang boleh dipilih.
Kadar Tetap
Pinjaman kadar faedah tetap adalah pinjaman yang mengekalkan jumlah kadar sepanjang tempoh pinjaman, bagi memudahkan anda mengenalpasti jumlah bayaran bulanan. Contoh, jika anda mempunyai kadar tetap sebanyak 4% dalam pinjaman yang berharga RM200,000 untuk 20 tahun, jumlah bayaran bulanan anda adalah RM 1,210. Jumlah ini kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman anda.
Kadar Berubah
Berbeza dengan kadar tetap, kadar berubah boleh bermula dengan rendah dan boleh berubah bila-bila masa, dimana akan menyebabkan kenaikan bayaran yang kebanyakannya akan bergantung kepada perubahan OPR. Boleh dikatakan kadar berubah boleh bermula dengan rendah daripada kadar tetap, tetapi ia juga boleh naik dan turun, mengubah jumlah bayaran bulanan anda. Sebagai contoh, jika anda bermula dengan kadar sebanyak 3% pada harga rumah RM200,000, bayaran bulanan anda akan adalah dalam lingkungan berjumlah RM1,054. Tetapi, jika kadar bunga anda naik pada 4.5% selepas beberapa tahun, bayaran bulanan anda akan meningkat sehingga sekitar RM1,265.
Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate)
Kadar Dasar Semalaman ialah kadar bunga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu sentral bank negara. Bank di Malaysia menggunakan OPR untuk mewujudkan kadar dasa untuk pinjaman kadar berubah dan ianya merupakan gambaran keadaan ekonomi semasa. BNM mungkin akan merendahkan OPR untuk menggalakkan pembelian dan BNM akan menaikkan OPR untuk mengurangkan pembebelanjaan. Akibatnya, OPR yang tinggi boleh meningkat kadar faedah, manakala OPR yang rendah boleh menyebabkan kadar faedah yang rendah
Jenis Pinjaman Perumahan
Ketika memilih pinjaman rumah, penting untuk anda ketahui perbezaan antara jenis-jenis pinjaman yang wujud. Pilihan yang biasa didengari adalah Basic Term, Semi Flexi, Full Flexi dan Pinjaman Islamik
Basic Term
Pinjaman Basic Term adalah mudah dan selalunya mempunyai kadar pembayaran semula yang tetap, membuatkan ia antara pinjaman yang paling digunapakai di Malaysia. Ia boleh mencapai sehingga 25 tahun tempoh pinjaman. Satu kekuranganya adalah pinjaman ini tidak membenarkan anda untuk membuat pembayaran lebih jika anda mahu. Anda juga berkemungkinan boleh dikenakan denda.
Semi Flexi
Pinjaman Semi-Flexi membenarkan anda untuk membuat pembayaran lebih untuk mengurangakan jumlah pinjaman anda. Apabila jumlah pinjaman berkurang, maka jumlah muka juga akan berkurang dan menyebabkan faedah berkurang. Dengan ini, tempoh pinjaman juga akan berkurang. Penting untuk anda tahu bahawa pinjaman Semi-Flexi ini kadangkala boleh jadi lebih tinggi daripada pinjaman Basic Term.
Full Flexi
Pinjaman Full-Flexi menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pengguna untuk mengurangkan jumlah pinjaman mereka. Anda boleh menganggapkan ia seperti pinjaman Semi-Flexi yang telah dinaik taraf. Perbezaan yang paling ketara adalah pinjaman ini memberi kemudahan kepada pengguna dimana mereka mempunyai pilihan untuk mengeluarkan semula duit mereka yang telah dibayar. Ya, betul! Pengguna boleh mengeluarkan semula duit mereka.
Pinjaman Islamik
Pinjaman Islamik adalah pinjaman yang patuh syariah dan mendapat perhatian kepada pengguna yang ingin mencari pilihan pembiayaan yang beretika. Bank-bank islam menawarkan keuntungan dalam kontrak mereka dan bukannya faedah. Keuntungan yang diperolehi adalah daripada kontrak jual beli dimana ia dibenarkan dalam Islam. Antara produk pinjaman ini termasuklah seperti Murabaha, Musyarakah Mutanaqisah (MM), Bai bithaman Ajil (BBA), Ijarah Muntahiya bit Tamlik (IMBT) dan banyak lagi. Kesuluruhannya, dengan memahami jenis pinjaman ini, ia boleh membantu pemuda Malaysia untuk pertimbangkan pilihan mereka sebelum membeli rumah pertama mereka.
Bajet
Ketika bercadang untuk mengambil pinjaman rumah bersama bank, bajet adalah salah satu kunci yang anak muda tidak patut lepas pandang. Ianya amat penting untuk mendapatkan kefahaman yang secukupnya tentang pendapatan bulanan anda dan pembelanjaan anda. Mula dengan mengenal pasti komitmen bayaran bulanan untuk pinjaman rumah anda tanpa meletakkan banyak ketegangan pada bajet. Jangan lupa untuk turut serta kos yang lain, seperti cukai, insuran, dan lain-lain.
Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio)
Sebelum membuat permohonan untuk pinjaman rumah, bank pertama sekali perlu mengambil berat tentang beberapa perkara sebelum meluluskan permohonan anda. Antara perkara pertama yang bank akan menilai adalah DSR pemohon. Ia adalah nisbah yang boleh membantu untuk mengira keupayaan pemohon untuk melangsaikan hutang. DSR boleh dikira dengan membahagikan pendapatan bulanan anda dengan komitmen bulanan anda. Untuk mendapatkan peratusan, anda perlu mendarabkannya dengan 100. Sebagai contoh, komitmen bulanan anda adalah RM1000, dan pendapatan bulanan anda adalah RM4000. Pengiraan adalah seperti (1000/4000) X 1000) = 25. Jadi, melalui pengiraan tersebut, DSR anda adalah 25%. DSR yang normal adalah sekitar 30% ke 40%.
Bayaran Muka
Bayaran muka memainkan peranan yang penting dalam bayaran bulanan, dimana ianya merupakan sebahagian peratusan daripada jumlah harga rumah. Sebagai contoh, jika harga rumah tersebut bernilai RM300,000, 10% bayaran muka akan bernilai RM30,000. Logik disini adalah, lebih banyak bayaran muka yang dibuat, lebih kurang bayaran bulanan yang perlu anda lakukan. Sesetengah pemaju malah mengecualikan bayaran pendahuluan. Ada juga promosi kepada pembeli rumah pertama dimana bayaran muka dikecualikan.
Perjanjian Jual Beli - SPA (Sale & Purchase Agreement)
Apa itu SPA? Ia merupakan sebuah kontrak antara penjual dan pembeli dimana kedua-dua pihak bersetuju atas syarat melalui perjanjian ini. Dengan adanya SPA, ia bantu dalam memastikan tiada sebarang perubahan dilakukan di dalam kontrak dan ianya juga untuk memastikan pembeli/penjual tidak diperdaya. Dengan menandatangani persetujuan tersebut,anda telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Ianya juga boleh diguna sebagai bukti jika ada sebarang kes yang berlaku ketika perjanjian penyewaan sedang dalam proses. Membatalkan SPA boleh menyebabkan anda dikenakan denda.
Duti Setem
Duti setem adalah cukai yang dikenakan keatas dokumen. Sebagai contoh kontrak, perjanjian atau sebarang dokumen penulisan yang dispesifikan oleh undang-undang. Ianya penting untuk memformalkan sebarang dokumen untuk memastikan ianya sah. Anda akan dikenakan bayaran penalti jika anda tidak melakukan duti setem. Duti setem perlu dibayar dalam tempoh 30 hari (lebih kurang 4 minggu) sebaik perlaksanaan hartanah. Gagal dalam membuat bayaran boleh dikenakan penalti. Pada masa kini, harga duti setem berada dalam lingkungan harga RM 50 ke RM 50,000. Di Malaysia, harga boleh berubah bergantung pada harga hartanah tersebut. Jika harga hartanah tersebut tinggi, maka harga duti setem juga akan jadi tinggi.
Rumusan
Secara rumusnya, membuat pinjaman rumah adalah satu langkah yang amat penting kepada pemuda Malaysia yang ingin mencari rumah pertama. Memahami kadar faedah, seperti tetap dan berubah adalah penting dalam membuat keputusan. Tambahan pula, mengetahui perbezaan antara jenis pinjaman yang ada seperti pinjaman Basic Term dan pinjaman Islamik boleh bantu peminjam mencari pinjaman yang sesuai untuk anda. Akhir sekali, pembajetan yang teliti termasuk bayaran muka, yuran guaman, dan kos-kos lain adalah penting untuk memastikan pembelian rumah menjadi satu pengalaman yang positif. Dengan tersedia maklum, anda boleh melalui proses penyewaan rumah dengan yakin dan akan lebih dekat dalam mencapai impian anda. Kesimpulannya, mengambil masa dalam mendidik diri sendiri akan mendorong dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan selamat.
Share